Saturday, 13 October 2012

Dialek Utara lagi!!!


Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)
Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.

Ejaan Standard Dialek Utara
Saya Saya (mengikut sebutan baku)
Dia Dia (mengikut sebutan baku)
Mana Mana (mengikut sebutan baku)

Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:

Ejaan Standard Dialek Utara
Bergetar Bergetaq
Ular Ulaq
Telur Teloq

Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’

Ejaan Standard Dialek Utara
Pasir Pasiaq
Baligh Baliaq

Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:

Ejaan Standard Dialek Utara
Kambing Kambin
Kuning Kunin
Anjing Anjin

Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):

BM Standard Dialek Utara
Awak / Kamu Hang
Mereka (bunyi ě) Depa (sebutan baku)
Sekejap Sat
Kenapa (bunyi ě) Awat
Pergi Pie
Kelapa (bunyi ě) Nyoq

Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:

Dialek Utara Dialek Utara (Perlis)
Kasut Kasuit
Pulut Puluit
 



Jom belajar dialek utara..

Assalamualaikum w.b.t

Kami geng utara!!!
Hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dialek kebanggaan saya iaitu dialek utara. Kadang kala ada rakan yang begitu teruja untuk mempelajari dialek utara. Justeru, hari ini saya akan berkongsi serba sedikit perkataan-perkataan yang mungkin orang bukan berasal dari utara tidak pernah mendengar perkataan tersebut.

Antara contoh perkataan tersebut ialah:

perongoih - panas baran

Mengkala - bila

gebaq - selimut

cengey - garang

mangkaq - buah yang tidak masak atau terbantut

puloq nyoq - sabut kelapa

gerek - basikal

cemuih - bosan

ralit - lalai

loqlaq - cuai

koi - semakin

hinggut - goyang

baloq liat - malas

matngot - lembab

tamboq - selut

belemoih - comot

tertomoih - terjatuh

hawin - baling

Sekian, terima kasih...



"Bus atau Bas"

Assalamualaikum w.b.t

Jika diperhatikan, kelihatan seperti tidak ada kesalahan yang terdapat pada kertas iklan tersebut bukan? Namun jika diteliti kembali, terdapat pengaruh penggunaan bahasa asing dalam pengiklanan yang bertulis bahasa Melayu. Kesalahan tersebut adalah pada ejaan 'bus' yang merujuk kepada penggunaan bahasa Ingeris. Jika ejaan bahasa Melayunya ialah 'bas'. Justeru, ingin saya berpesan kepada rakan-rakan sekalian supaya menitik beratkan penggunaan bahasa Melayu terutama untuk mengiklankan sesuatu perkara. Jika hendak menggunakan bahasa Melayu, tidak perlulah kita mencampur adukkan dengan penggunaan bahasa Inggeris.

Akhir kata daripada saya, renung-renungkan dan selamat memperbaiki bahasa kita.

Thursday, 11 October 2012

Bulan Bahasa..


Asslamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Seperti yang kita tahu, bulan sepuluh merupakan bulan bahasa di Malaysia. Apa yang ingin saya tekankan dalam entri blog saya kali ini adalah, setiap hari kita perlu memartabatkan bahasa Melayu bukan hanya pada hari-hari atau bulan-bulan tertentu sahaja. Bulan bahasa ini dilaksanakan adalah sebagai simbol untuk kita mengingati serta meartabatkan bahasa kita. 

Bak kata orang "Melayu mudah lupa", justeru itu bulan bahasa diwujudkan supaya masyarakat kita tidak pernah lupa akan bahasa kebangsaan kita ini. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa kita.

Akhir kata dari saya, jaga diri hiasi peribadi, jaga bahasa nadi bangsa.

Sekian, terima kasih.


Kerani ohh kerani!!


Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi, saya bersama-sama kawan berkunjung ke fakulti bahasa untuk mengambil sijil dekan. Langkah di atur penuh hemah seperti biasa. Lantas tangan mengetuk pintu pejabat tersebut lalu, dengan diiringi salam dan senyuman manis saya hulurkan kepada kerani yang bertugas. Sayangnya, salam saya tidak bersahut, senyuman tidak dibalas sebaliknya saya dilemparkan dengan jelingan tajam. Zuppppp... hati tiba-tiba tersentak dengan perilaku kerani tersebut. Berat sangatkah untuk menjawab salam seseorang?

Tiba-tiba, kerani tersebut bertanya dengan angkuhnya “datang sini nak apa?”. Saya seperti biasa menjawab penuh berhemah tatkala berbicara dengan orang yang lebih berumur daripada saya “saya dan kawan-kawan datang nak ambil sijil dekan”. Kerani tersebut membalas “semester berapa? Kalau semester lima kerani yang uruskan kamu tak ada. Kalau nak tunggu dia lama lagi, dia pergi makan”. Saya lantas menjawab “oh. Tak apa la cik,kami tunggu je la”. Kerani tersebut menjeling tajam sekali lagi lantas berkata “kalau nak tunggu, tunggu kat luar. Jangan tunggu di dalam”.

Hati tiba-tiba menjadi panas dengan sikap kerani tersebut. Sudahlah tidak menjawab salam saya, bercakap pula penuh keangkuhan, senyum pun tidak dibalas. Jika diikutkan hati, mahu saja saya memerli kerani tersebut, tapi nasihat-nasihat mak masih kuat diingatan. Mak pernah berpesan ‘hidup ini tak perlu sombong selagi kaki kita masih berpijak di bumi Allah. Kalau kita sombong dengan orang, kelak kita tak akan senang di dunia yang sementara ini’.

Lantas saya dan rakan mengambil keputusan membatalkan hasrat kami untuk mengambil sijil tersebut. Cuma, apa yang ingin saya tekankan dalam entri blog saya adalah, budi bahasa tu kan budaya kita.  Jadi, tonjolkanlah sifat berbudi bahasa. Tak perlu riak, tak perlu menyombong dengan orang. Allah beri mulut untuk kita bercakap sesuatu benda yang mendatangkan kebaikan, jadi apa salahnya jika kita menjawab salam. Kalau Allah menarik nikmat kita untuk bercakap macam mana? Bak kata mak saya “masa tu nak menyesai pun tak guna”.

Justeru, hidup ini pinjaman semata-mata. Jika hari ini kita sombong dengan orang, tidak mustahil esok pasti ada yang sombong dengan kita kelak. Senyum-senyumlah selalu. Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal.

Sekian, terima kasih