A : Hai auntie, apa khabar?
B : Hai Mira. Auntie sihat. Mira macam mana?
A : Mira pun sihat je auntie. Uncle mana?
Assalamualaikum
w.b.t
Mesti ada yang
tertanya-tanya apa yang cuba saya tekankan dalam entri blog saya kali ini
bukan? Kali ini saya akan membincangkan berkaitan dengan gelaran yang digunakan
oleh orang zaman sekarang kepada saudara mara mereka. Seperti yang kita
ketahui, orang Melayu akan menggunakan gelaran-gelaran yang telah ditetapkan
kepada saudara mereka. Contohnya:
Pak long, Mak long Pak
ngah, Mak ngah
Pak lang, Mak lang Pak
njang,Mak njang
Pak ndak, Mak ndak Pak
tih, Mak tih
Pak tam, Mak tam Pak
cik, Mak cik
Pak uda, Mak uda Pak
su, Mak su
Tetapi,
sedarkan kalian bahawa gelaran-gelaran ini sudah tidak digunakan lagi pada masa
ini. Mereka lebih selesa untuk memanggil saudara mereka dengan gelaran ‘auntie’
dan ‘uncle’. Kita bukannya berada di negara orang putih. Jadi, gunakanlah
gelaran yang telah ditetapkan oleh nenek moyang kita terdahulu yang kelihatan
lebih sopan. Justeru, ubahlah gelaran yang anda guna pada masa kini supaya kita
dapat meneruskan tradisi nenek moyang kita dahulu.
Akhir kata
daripada saya, segala yang baik itu datang daripada Allah, dan segala
kekhilafan yang ada, adalah kekurangan diri saya sendiri. Yang baik kita
jadikan pengajaran, dan yang buruk kita jadikan sempadan. Renung-renungkan dan
selamat beramal.
Sekian, terima
kasih.
Auntie VS Mak Cik
(Gambar hiasan)
No comments:
Post a Comment