Monday, 22 October 2012

Makna disebalik simbol...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri blog saya hari ini adalah berkaitan dengan isyarat lalu lintas yang dapat kita lihat sama ada semasa berada di jalan raya mahupun kawasan-kawasan tertentu. Seperti yang kita ketahui, ramai rakyat Malaysia yang faham maksud disebalik simbol yang tertera, namun masih ada segelintir yang tidak mematuhi arahan bardasarkan simbol tersebut. Contohnya, terdapat pada simbol di atas. Walaupun sudah tertera arahan 'dilarang memotong', tetapi masih terdapat segelintir pemandu yang berdegil dan tidak mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan. Apabila surat saman sampai ke rumah, mula la mengamuk tak tentu pasal. Walhal kesalahan adalah berpunca daripada diri sendiri. Justeru itu, untuk mengelakkan diri daripada disaman, kita haruslah mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Peranan pantun sebagai alat komunikasi.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri blog saya pada hari ini adalah untuk memberi penekanan tentang penggunaan pantun dalam masyarakat terdahulu. Seperti yang kita ketahui, penggunaan pantun jarang digunakan pada masa kini . Hal ini akan mengakibatkan tradisi kita akan lenyap ditelan zaman jika kita tidak cuba memartabatkannya kemabali. Pantun sangat terkenal pada zaman dahulu kerana peranannya sangat penting sebagai satu alat komunikasi orang dahulu tidak kira dalam apa situasi sekali pun.

Antara peranan pantun dalam kalangan masyarakat terdahulu adalah:

i.            Untuk mendidik
 Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantunsebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk. 

ii.             Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu
 Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang. 

iii.            Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

 Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati. 

iv.           Untuk sindiran dan tempelak
 Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Perhatikan pantunsindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi. 

v.            Untuk menguji minda
 Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati ialah;

Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?

vi.           Untuk hiburan
Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.

Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat. 

Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.

Rujukan hormat


Assalamualaikum w.b.t

Entri blog saya pada hari ini adalah untuk berkongsi dengan kalian berkaitan dengan pasangan rujukan hormat. Acapkali kita akan melakukan kesilapan terutama ketika menjadi juru acara majlis. Ini berlaku apabila kita tidak menitik beratkan berkaitan dengan pasangan rujukan hormat ini. Justeru, saya kongsikan serba sedikit dengan kalian supaya kita dapat belajar dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang.

Rujukan hormat
orang yang disapa
Yang Mulia
Bergelar warisan seperti Tengku, Raja
Yang Amat Mulia
Anak kepada raja yang sedang memerintah
Yang Teramat Mulia
Kerabat raja yang bergelar
Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda
Yang Maha Mulia
Balu Almarhum Sultan
Duli Yang Maha Mulia
Sultan, Sultanah, Raja Perempuan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong
Yang Berbahagia
Bergelar anugerah seperti Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor
Yang Amat Berbahagia
Tun , Toh Puan
Yang Arif
Ketua Hakim Negara
Yang Berhormat
Orang yang dipilh melalui proses tertentu seperti Wakil rakyat, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen,, Ahli Dewan Rakyat
Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri
Yang Setia
Ketua turus tentera dan polis
Yang Berusaha
Pegawai yang tidak bergelar
Sahibus- Samahah
Mufti
Sahihul - Fadilah
Ulama ,Kadi
Sahibus - Saadah
Pengarah Jabatan Agama
Tuan Yang Terutama
Yang Dipertua Negeri, Gabenor, Duta


Kenali bahasa Indonesia


Assalamualaikum W.B.T
Hari ini kelas saya dibatalkan. Riang hati tidak terkira. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menonton sinetron ‘Dia Jantung Hatiku’ yang disiarkan di tv3. Justeru, hari ini saya akan membincangkan serba sedikit berkenaan dengan bahasa Indonesia yang saya tahu. Contohnya:

PERKATAAN
MAKSUD
Ngomong
cakap
Oma
Nenek
Emang
Memangnya
Ngak
Tidak
Kabur
Hilangkan diri
Kangen
Rindu
Gi mana
Bagaimana
Ayuh
Mari
Ibu
Puan
Bapak
Encik
Lebih untung
Lebih bagus
Polisi
Polis
Kantor
Pejabat
Kakak
Abang
Senang
Gembira
Sadar
Sedar
Berbuat sesuatu
Melakukan itu
Kaget
Terkejut
Kalian
Kamu
Mudah-mudahan
Harap-harap
Pantas
Lantas
Rumah sakit
Hospital
Ngapa in
Kenapa
buronan
Perlarian
Mengacaukan
Menganggu
Kabur
Larikan diri
Mobil
Kereta
Bisa
Boleh
Ketahuan
Orang tahu

Jika diperhatikan, bahasa Melayu Indonesia dan bahasa Melayu di Malaysia adalah  sama tapi terdapat sedikit perbezaan pada perkataan-perkataan dan maksud-maksud tertentu. Hal ini adalah kerana Malaysia dan Indonesia adalah di bawah satu rumpun yang sama iaitu rumpun Austronesia.

Sinetron "Dia Jantung Hatiku".

Auntie VS Mak Cik


A : Hai auntie, apa khabar?
B : Hai Mira. Auntie sihat. Mira macam mana?
A : Mira pun sihat je auntie. Uncle mana?

Assalamualaikum w.b.t
Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang cuba saya tekankan dalam entri blog saya kali ini bukan? Kali ini saya akan membincangkan berkaitan dengan gelaran yang digunakan oleh orang zaman sekarang kepada saudara mara mereka. Seperti yang kita ketahui, orang Melayu akan menggunakan gelaran-gelaran yang telah ditetapkan kepada saudara mereka. Contohnya:

Pak long, Mak long                         Pak ngah, Mak ngah
Pak lang, Mak lang                         Pak njang,Mak njang
Pak ndak, Mak ndak                      Pak tih, Mak tih
Pak tam, Mak tam                          Pak cik, Mak cik
Pak uda, Mak uda                          Pak su, Mak su

Tetapi, sedarkan kalian bahawa gelaran-gelaran ini sudah tidak digunakan lagi pada masa ini. Mereka lebih selesa untuk memanggil saudara mereka dengan gelaran ‘auntie’ dan ‘uncle’. Kita bukannya berada di negara orang putih. Jadi, gunakanlah gelaran yang telah ditetapkan oleh nenek moyang kita terdahulu yang kelihatan lebih sopan. Justeru, ubahlah gelaran yang anda guna pada masa kini supaya kita dapat meneruskan tradisi nenek moyang kita dahulu.
Akhir kata daripada saya, segala yang baik itu datang daripada Allah, dan segala kekhilafan yang ada, adalah kekurangan diri saya sendiri. Yang baik kita jadikan pengajaran, dan yang buruk kita jadikan sempadan. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian, terima kasih.

                                    Auntie VS Mak Cik
                                      (Gambar hiasan)



Monday, 15 October 2012

Mai belajaq dialek utara

Assalamualaikum w.b.t

Entri blog saya kali ini adalah 'mai belajaq dialek utara'. Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit barkaitan kata ganda yang sering digunakan oleh orang-orang utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Orang lama utara menggandakan perkataan bagi menguatkan lagi maksud perkataan tersebut. Contohnya:

*Merah menyala, merah ang, merah meghembong - merah terang
*Kuning melesin - kuning terang
*Hijau meghengau -hijau terang
*Kelabu 'sa' - kelabu asap
*Masin piang -tersangat masin
*Manih melecaih - tersangat manis
*Pait berdengung - tersangat pahit
*Sejuk gedi - sejuk sangat
*Panaih lit lit -panas sangat
*Tawaq heybiaq - tawar sangat
*Putih melepak - tersangat putih
*Kecik konet - kecil sangat
*Hitam meghelit - hitam berkilat
*Baloq liat - tersangat malas
*Tinggi meghenjong - tersangat tinggi

Filem yang memaparkan penggunaan dialek utara iaitu dialek Pulau Pinang

Dialek pelbagai negeri

Asslamualaikum w.b.t

Hari ini saya begitu teruja untuk menulis entri blog saya ini yang berkaitan dengan pelbagai dialek seperti dialek Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan sebagainya. Apabila kita mempunyai ramai sahabat dari pelbagai negeri, sudah semestinya kita akan dapat mempelajari sesuatu yang baru berkaitan dengan bahasa, budaya, makanan dan sebagainya daripada mereka. Justeru, hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai dialek yang telah saya pelajari daipada mereka. Contohnya:

Dialek utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis)
* "Hang mai la sat. Aku nak ajak ang pi nat sat" yang bermaksud "awak datang sini sekejap. Saya nak ajak awak pergi pasar".

Dialek Perak
*"Teman suka ghomah tepi pante" yang bermaksud "saya suka rumah tepi pantai".

Dialek Kelantan
*"Mu nak gi make mano?" yang bermaksud "awak nak pergi makan di mana".

Dialek Terengganu
*"Ali keracunang makanang sebab makang ikang sarding dalam ting" yang bermaksud "Ali keracunan makanan sebab makan ikan sardin dalam tin".

Dialek Negeri Sembilan
*"Ekau ni torai bongok kat eden" yang bermaksud "awak ni cuba tipu saya".

Dialek Johor
*"Tolong ambilkan gebor dalam gerobok" yang bermaksud "tolong ambilkan selimut dalam almari".

Dialek Melaka
*"Ulau itu besau" yang bermaksud "ular itu besar".

Dialek Sarawak
*"Auk, kamek temu pusak disiya" yang bermaksud "ya, kami jumpa kucing di situ".

Dialek Sabah
*"Mengapa can ko ani" yang bermaksud "apa kena dengan awak ni".

PerlisKedahPerakPulau PinangKelantanTerengganuSabahJohorMelakaNegeri Sembilan