Monday, 15 October 2012

Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat saya bernafas di atas bumi bertuah ini sekaligus dapat menyiapkan tugasan saya kali ini. Entri blog saya pada hari ini adalah berkaitan dengan Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu dan pelancaran bulan bahasa. 

Saya merupakan AJK yang bertugas untuk mengagihkan makanan kepada tetamu-tetamu VIP yang terdiri daripada para pembentang yang datang dari pelbagai tempat seperti Singapura, Brunei dan terdapat juga pembentang tempatan seperti pensyarah universiti dan sebagainya. Apa yang ingin saya tekankan adalah, sikap pembentang tersebut yang begitu bersemangat membentangkan pandapat mereka dalam memartabatkan bahasa Melayu sedangkan mereka sendiri bertutur dalam bahasa Inggeris sesama mereka.

Justeru, apa gunanya jika kita hanya bercakap sedangkan kita tidak melaksanakannya. Hal ini dapatlah diibaratkan seperti ketam yang mengajar anakknya untuk berjalan lurus, sedangkan ketam tersebut berjalan senget. Pesanan saya ialah, jika kita ingin mengajak orang untuk memartabatkan bahasa Melayu, diri sendiri juga perlu melaksanakannya. Tunjukkanlah cara anda memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri.

Akhir kata daripada saya, janganlah sesekali kita menjadi seperti ketam. Renung-renungkan dan selamat memartabatkan bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih..



No comments:

Post a Comment