Assalamualaikum dan
salam sejahtera
Hari ini saya begitu
teruja untuk berkongsi sesuatu peristiwa yang baru saya lihat sebentar tadi
dengan anda semua. Ketika otak sedang memerah idea untuk melaksanakan tugasan
saya ini, saya sempat melayari laman muka buka atau lebih dikenali dengan ‘facebook’. Sedang asyik melayari laman
sesawang tersebut, mata saya tertancap pada status seorang junior saya yang
terkenal dengan sikap santunnya satu ketika dahulu. Persepsi saya terus berubah
tatkala membaca status Ana (bukan nama sebenar).
Apa yang memeranjatkan
saya adalah bahasa yang digunakan Ana sangat kasar dan kesat tidak sesuai
dengan perwatakannya yang sering dipuji guru-guru satu ketika dulu. Saya
membuat kesimpulan bahawa Ana teramat marahkan teman lelakinya yang telah
meminta supaya hubungan mereka diputuskan. Atas sebab yang demikian, Ana begitu
marah lantas telah meluahkan ketidakpuasan hatinya itu di facebook. Antara status-status Ana yang sempat saya baca adalah
berbunyi begini:
G
mampus la ko syial. Babi r ko ni.
Muka
babi cm ko ingt ak hadap sgt ke.
Ari
ni kte ptus, sok ak bleh dpt yg good2 dri ko.
Ko
tu muka cm syial, babi, haram. Hakkktuihhh.
Ambik
kahak aku ni kt muka ko yg cm babi tu.
Alahai! Disebabkan
cinta yang tak kesampaian, sanggup Ana mengenepikan sikap santunnya itu. Ke
mana hilangnya harga diri seseorang wanita apabila dicemuh oleh orang
sekeliling akibat ketelanjurannya ketika berbahasa. Wanita sering diperhatikan
dari segi pemakaian, sikap, dan pertuturan mereka. Justeru, kita seharusnya menjaga
pertuturan kita terutama di tempat umum. Seperti yang saya tekankan dalam entri
saya yang lepas pertuturan kita sering diperhatikan. Jadi, tidak rugi jika kita
bertutur dengan baik, kerana kita akan disukai orang, dihormati dan diteladani
kelak.
Akhir kata dari saya, terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Renung-renungkan dan selamat
beramal. Teguran saya untuk anda bukan bererti marah, tetapi tegur saya
menandakan saya sayang kalian semua.
Sekian, terima kasih..
No comments:
Post a Comment