Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Ketika dalam perjalanan
untuk ke pasar malam semalam, saya telah terdengar perbualan beberapa orang
remaja yang bercerita pelbagai perkara. Justeru, pada hari ini saya akan
membincangkan sesuatu perkara yang tanpa kita sedari sering berlaku dalam
percakapan kita seharian.
Situasi pertama
Si E: Kau nak pergi
mana F?
Si F: Keluar beli paper kejap. Why?
Si E: If
kau keluar, kau jangan lupa tutup grill
tu.
Situasi kedua
Si A: Jom tengok movie
Si B: Movie apa?
Si A: Salam cinta. Aku
dengar orang cakap movie tu best
Si B: Alright. Lets go.
Situasi ketiga
Si C: Kak, carrot ada tak?
Si D: Carrot ada dik. Nak banyak mana?
Si C: Nak dua batang
je.
Jika dilihat daripada
situasi di atas, apa yang ingin saya ketengahkan pada hari ini adalah berkaitan
dengan percampuran bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian. Falsafah ada
mengatakan bahawa ‘bahasa nadi bangsa’, namun pada hari ini dapat dilihat
bahawa sesebuah masyarakat itu tidak berusaha untuk memartabatkan bahasa mereka
sendiri. Jika ditanya mengapa anda berbahasa sedemikian? Mereka akan mengatakan
bahawa mereka cuba memantapkan bahasa Inggeris mereka. Jika anda cuba
memantapkan bahasa Inggeris dengan cara sedemikian, jawapan saya sudah
semestinya ‘cara anda salah’. Apa gunanya kita cuba memantapkan bahasa Inggeris,
sedangkan bahasa Melayu sendiri makin terhakis?
Tidak salah untuk kita
memantapkan bahasa Inggeris kita, tetapi biarlah kena pada caranya. Cuba anda
perhatikan negara-negara maju di dunia seperti USA, Jepun, dan sebagainya.
Adakah mereka mencampur adukkan bahasa ketika bertutur? Sudah semestinya tidak
bukan? Walau bagaimanapun, negara mereka tetap maju dan berdiri megah di mata
dunia. Justeru, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa kita supaya kita
juga mampu berdiri megah seiring dengan negara maju yang lain. Akhir kata dari
saya, “tegur itu bukan bererti marah, tetapi sebagai tanda sayang saya untuk
anda”. Renung-renungkanlah dan selamat memartabatkan bahasa Melayu.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment